Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat Adun Bukit Gasing, NGO lancar kempen 'Laptop4siswa'

Pejabat Adun Bukit Gasing bersama badan bukan kerajaan (NGO) StandUpMalaysia melancarkan program "Laptop4siswa" bagi menyeru orang ramai menyumbang laptop kepada mahasiswa.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, berkata program berkenaan bertujuan untuk membantu mahasiswa mendapat akses pendidikan secara dalam talian dengan sempurna ketika wabak Covid-19.

Jelasnya, pembelajaran di pusat pengajian tinggi pada masa ini berlangsung secara "online" ekoran peningkatan kes positif wabak berkenaan.

"Program ini untuk membantu pelajar universiti untuk mendapatkan laptop bagi tujuan pembelajaran mereka.

"Kelas ketika ini bermula secara dalam talian, ada antara mereka yang tidak mempunyai laptop, bahkan ada terpaksa berkongsi dengan adik beradik yang lain.

"Permulaan ini kita mengharapkan sumbangan laptop daripada orang ramai untuk membantu mereka, laptop terpakai pun kita terima," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, pagi tadi.

Pada 2 Okt lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baru dan lama ke kampus masing-masing.

Menurut KPT, semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran, sehingga ada pengumuman mengenainya dilakukan.

Sementara itu, wakil StandUpMalaysia Rheanne Wong Li An, berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada 50 pelajar universiti untuk mendapatkan laptop.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pejabat Adun Bukit Gasing di talian 03-79547490/[email protected] atau StandUpMalaysia 014-6691320/[email protected].


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS