Menteri kabinet Mohamed Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah hari ini mengatakan bahawa hasil ujian Covid-19 mereka negatif.
Azmin, yang merupakan Menteri Kanan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Ekonomi, membuat pengumuman itu melalui media sosial malam ini sebagai tindak balas terhadap spekulasi bahawa dia telah dijangkiti wabak berkenaan.
"Banyak spekulasi mengenai status kesihatan saya. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya sekeluarga.
"Saya telah menjalani dua ujian Covid-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian Covid-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya," katanya.
Tambah Azmin, dia akan tetap melaksanakan tugas dari rumah.
Terdapat khabar angin beredar sejak Selasa lalu yang mengatakan Azmin positif Covid-19.
Pembantunya Dr Afif Bahardin menafikan khabar angin itu semalam.
Sementara itu, dalam ciapan di Twitter, Saifuddin, yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, memklumkan ujiannya juga negatif.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ujian swab yg diambil pada 6 Oktober adalah negatif.
"Ujian swab ini dibuat pada hari ke-13 daripada ujian yang dibuat secara sukarela pd 25 Sept, iaitu sebaik pulang dari Sabah dan tidak dikenakan kuarantin, di mana keputusan ujian itu juga negatif," katanya.