Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
489 kes baru Covid-19, jumlah di ICU meningkat
Diterbitkan:  Oct 7, 2020 5:57 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Sebanyak 489 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk dua kes import.

Sabah dan Kedah masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi dengan masing-masing 282 dan 153 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (20 kes), Pulau Pinang (7), Johor (6), Perak, Kuala Lumpur dan Terengganu (4), Sarawak (3), Pahang dan Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan dengan satu kes.

Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 10,501.

Angka kematian pula kekal tidak berubah dengan 141 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) bertambah dari 31 kes semalam kepada 40 kes hari ini.

Sebanyak 13 pesakit memerlukan ventilator, berbanding lapan kes semalam.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 74
Jumlah kumulatif discaj: 10501 (75.04%)

Jumlah kes baru; 489
Jumlah kumulatif: 13,993
Jumlah kes aktif: 3351

Kes tempatan:487 (467 WN, 20 BWN)
Kes import: 2 (1 WN, 1 BWN)

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 141 (1.01%)
Jumlah kes di ICU: 40

Pesakit intubated: 13

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS