Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ibu pejabat Sime Darby Property ditutup untuk proses disinfeksi
Diterbitkan:  Oct 7, 2020 4:30 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Kumpulan Sime Darby Property hari ini mengesahkan bahawa seorang pekerja di ibu pejabatnya di Petaling Jaya diuji positif Covid-19 pada Selasa lalu.

Berikutan itu, syarikat berkenaan mengarahkan semua kakitangan lain di premis tersebut untuk bekerja dari rumah buat masa ini sementara proses disinfeksi dan nyah kuman dijalankan.

"Sebagai langkah pencegahan, pekerja di ibu pejabat korporat akan bekerja dari rumah dan premis itu akan ditutup sehingga semua syarat-syarat keselamatan dan peraturan dipenuhi.

"Syarikat juga sedang mengesan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti itu.

"Mereka disarankan untuk segera menjalani kuarantin kendiri dan mendapatkan bantuan perubatan jika menunjukkan sebarang gejala atau merasa tidak sihat," kata kenyataan itu.

Langkah-langkah itu, bagaimanapun, tidak akan mempengaruhi operasi perniagaan Kumpulan Sime Darby Property, tambahnya.

Menurut syarikat itu, pekerja tersebut kali terakhir hadir di pejabat pada 2 Oktober, dan kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS