Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli parlimen Klang gesa tutup sekolah seluruh daerah
Diterbitkan:  Oct 7, 2020 2:29 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Dengan jumlah kes Covid-19 harian yang terus meningkat di  Klang, ahli parlimen kawasan itu mendesak Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menasihati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menutup semua sekolah di daerah itu.

Dalam suratnya, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mengatakan bahawa ibu bapa semakin bimbang kerana daerah itu kini menjadi "zon merah" (daerah yang mempunyai lebih 40 kes aktif).

Santiago mendesak Adham untuk menasihati Menteri Pendidikan Radzi Jidin untuk menghentikan persekolahan di daerah tersebut bagi meredakan ketakutan ibu bapa.

Katanya, dua sekolah di daerah itu telah melaporkan murid mereka dijangkiti Covid-19 dan 64 persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) menyokong penutupan sekolah buat sementara waktu.

Pada masa ini, Selangor adalah satu-satunya daerah di luar Kedah dan Sabah yang dianggap sebagai "zon merah".

Terdapat dua "zon merah" di Selangor - Petaling (60) dan Klang (77) - setakat tengah hari semalam.

Beberapa sekolah di seluruh negara ditutup sepenuhnya kerana disyaki atau terdapat kes Covid-19 dalam beberapa minggu terakhir ini.

Sehingga malam tadi, hanya kelas Tingkatan Satu dan Tingkatan Lima di SMK Pandamaran Jaya dan lima kelas Tahun Enam di SK Taman Sri Andalas yang ditutup.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa dasar kerajaan hanya menutup sekolah di "zon merah".

Namun, dia tidak menolak kemungkinan menutup sekolah di seluruh negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS