Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kakitangan Kementerian Sumber Manusia positif Covid-19

Seorang kakitangan kementerian sumber manusia (KSM) disahkan positif Covid-19 pada 4 Okt lalu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Justeru, kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan KSM telahpun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah,” kata menterinya M Saravanan dalam kenyataan.

M Saravanan 

Sehingga semalam, negara mencatat jumlah positif Covid-19 paling tinggi dalam sejarah iaitu 691 kes.

Sementara itu, Saravanan berkata, proses disinfeksi ruang pejabat dan kawasan kementerian telah dilaksanakan.

Malah, katanya, ujian saringan juga akan dilakukan ke atas pegawai KSM serta-merta dan semua aktiviti kementerian ditangguhkan sehingga 16 Okt.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak Covid-19 dapat dibendung,” katanya lagi. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS