Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Penasihat kanan Presiden AS, Stephen Miller, pula dilaporkan positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua yang memetik pegawai Rumah Putih hari ini.

"Sejak lima hari lalu saya sudah mula bekerja dari luar dan mengasingkan diri, diuji negatif setiap hari sehingga semalam. Hari ini, saya didapati positif Covid-19 dan saya berada dalam kuarantin," kata Miller dalam satu kenyataan.

Dia merupakan pegawai terkini di Rumah Putih yang disahkan dijangkiti virus itu selepas Donald Trump.

Isteri Miller merangkap pengarah komunikasi Naib Presiden Mike Pence, Katie Miller, didapati positif Covid-19 pada Mei.

Sementara itu, pada Setiausaha Akhbar Pence, Devin O'Malley, menulis di akaun Twitternya mengatakan naib presiden telah diuji negatif sekali lagi pada sebelah petang.

"Naib Presiden Mike Pence boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan tidak perlu dikuarantin," menurut memo dikeluarkan doktornya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS