Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPR: PRK Baru Sapi akan diadakan susulan kematian VK Liew
Diterbitkan:  Oct 6, 2020 6:10 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Kong pada 2 Okt lepas.

Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR mendapat notis kekosongan luar jangka kerusi parlimen tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

"Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Okt ini,” demikian menurut SPR dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat khas yang dijadualkan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi PRK tersebut

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS