Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Thailand merancang membuka semula pintunya lebih luas untuk potensi pelabur, yang akan datang atas urusan perniagaan dan melakukan kunjungan jangka pendek, setelah membenarkan warganegara asing dengan permit kerja dan beberapa kumpulan pelancong memasuki negara ini dengan langkah-langkah kawalan penyakit yang ketat.

Jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri berkata Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) meluluskan visa untuk 11,000 peniaga dan warga asing dengan kebenaran bekerja, lapor agensi berita Thailand (TNA). Mereka bersetuju untuk memasuki alternatif kuarantin negeri selama 14 hari.

Bermula 1 Oktober, Visa Khas Pelancong (STV) ditawarkan kepada pelancong dari negara yang tidak berisiko dan berisiko rendah. Mereka diminta melakukan kuarantin 14 hari semasa ketibaan.

Jurucakap itu berkata, kerajaan kini menyasarkan membuka semula untuk pelabur yang akan berkunjung bagi merundingkan urusan perniagaan kerana kumpulan ini berpotensi tinggi membantu merangsang ekonomi.

Oleh kerana mereka mungkin akan datang untuk lawatan jangka pendek, langkah khas diperlukan untuk kumpulan pelancong ini.

Agensi yang berkaitan sedang menyusun rancangan tersebut dan akan mengusulkan langkah-langkah tersebut kepada jawatankuasa ad hoc yang ditugaskan untuk mempertimbangkan kelonggaran sekatan pergerakan dan dipengerusikan oleh setiausaha agung Majlis Keselamatan Nasional, katanya.

Isu berkenaan akan dibawa kepada Perdana Menteri.

Pada mulanya, mereka mesti melakukan perjalanan dengan hasil ujian Covid, yang dilakukan dalam 72 jam sebelum memasuki Thailand dan mereka diharuskan memiliki pelindungan insurans kesihatan COVID-19 bernilai sekurang-kurangnya US$100,000, tambahnya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS