Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UEM Sunrise, Eco World akan nilai cadangan untuk bergabung

Syarikat hartanah UEM Sunrise Bhd berkata pihaknya akan menilai penggabungan dengan Eco World Development Group Bhd setelah ia dicadangkan pemegang saham utamanya, UEM Group.

UEM Group, yang memiliki 66 peratus pegangan dalam UEM Sunrise, adalah milik dana pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd. Dalam surat pada Jumaat lalu, ia berkata ada "keperluan mendesak untuk penggabungan ekoran "keadaan makroekonomi yang kelam dan kesukaran dalam pasaran (market headwinds)".

UEM Sunrise, yang sahamnya meningkat 6.94 peratus pada Isnin, memberitahu Reuters bahawa lembaga pengarahnya akan menilai cadangan UEM Group. Eco World, dengan saham meningkat 5.06 peratus, berkata ia akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dalam masa terdekat untuk membincangkannya.

"Pada permukaan, ia kelihatan situasi menang-menang, dengan kedua-duanya dapat mencapai kemapanan dalam pasaran semasa yang sukar. Jika pasaran terus lemah, ekuiti pemegang akan terjejas," kata seorang penganalisis firma penyelidikan berhubung cadangan itu.

Eco World akan menjadi subsidiari milik penuh UEM Sunrise dan sahamnya dikeluarkan dari bursa jika cadangan itu, yang dibuat menerusi pertukaran saham dan waran kepada saham dan waran baru dalam UEM Sunrise, diteruskan.

-Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS