Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trump pada mulanya cuba sorok keputusan ujian Covid-19 - laporan

Presiden Donald Trump yang disahkan dijangkiti COVID-19 pada Khamis, awalnya dilaporkan enggan mendedahkan keputusan ujian itu, sementara menunggu beberapa lagi saringan yang lebih terperinci, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut laporan Wall Street Journal pada Ahad, memetik sumber, Trump dimaklumkan mengenai keputusan ujiannya pada Khamis malam, sebelum muncul di Fox News, ketika itu beliau hanya mengatakan sudah menjalani saringan selepas pembantunya, Hope Hicks didapati positif COVID-19.

Akhbar itu melaporkan Trump meminta penasihatnya untuk tidak mendedahkan hasil keputusan ujian berkenaan.

Trump hanya mengumumkan perkara itu di Twitter pada Jumaat pagi yang mengatakan beliau dan isterinya Melania didapati positif COVID-19.

Pada sebelah petang Presiden Amerika Syarikat itu dibawa ke Pusat Perubatan Tentera Walter Reed di Maryland.

Dr Sean Dooley dari pusat perubatan itu dalam satu taklimat pada Ahad berkata keadaan Trump bertambah baik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS