Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu iaitu dua di Kedah dikenali Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose, manakala satu di Selangor dikenali Kluster Jelok.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Bah Lunas dikesan di Kulim, Kedah, dengan kes indeks (kes ke-11,471) mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko di Sabah.
“Lelaki berusia 35 tahun itu dikesan positif pada 30 Sept lepas dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Lunas dikenal pasti.
“Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya pada sidang media di Putarajaya hari ini.
Memperincikan kluster yang puncanya masih di dalam siasatan, beliau berkata 112 individu telah disaring dengan empat kes dikesan positif, 21 negatif manakala 87 masih menunggu keputusan.
[Berita penuh menyusul]