Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPM nafi ada perutusan khas petang ini
Diterbitkan:  Oct 2, 2020 5:09 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 4 petang ini.

Menerusi laman Facebook rasmi JPM, jabatan itu memaklumkan hal itu dalam kenyataan berikut:

“Tiada perutusan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

“Hentikan menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat”.

Berita palsu tersebut sedang tular di media sosial.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS