Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) Nelson Renganathan menafikan dia telah meletakkan jawatan setelah didakwa tidak sependapat dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) Shahul Hameed Dawood.

Nelson berkata laporan sebuah akhbar Tamil hari ini bahawa dia telah bertindak demikian adalah tidak tepat.

"Tidak, saya tidak letak jawatan.

“Laporan itu tidak betul," kata Nelson ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Terdahulu, sebuah akhbar Tamil tempatan melaporkan Nelson yang juga bekas ketua pemuda MIC meletakkan jawatan sebagai pengerusi HRDF, sebuah agensi bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Akhbar itu melaporkan Nelson mengambil keputusan untuk meletak jawatan susulan terdapat percanggahan pendapat dengan Shahul.

Nelson bagaimanapun mengaku dia mempunyai niat berbuat demikian tetapi tidak meneruskan hasrat itu atas permintaan pihak dalam kementerian.

"Sebenarnya, saya memang berniat untuk meletak jawatan atas beberapa peribadi.

"Tetapi, saya diminta untuk meneruskan (tugas) sebagai pengerusi.

“Jadi, saya tidak letak jawatan," katanya lagi.

Nelson dan Shahul dilantik menerajui HRDF selepas timbalan presiden MIC M Saravanan dilantik sebagai menteri sumber manusia Mac lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS