Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
DAP PP lapor polis, dakwa video fitnah Teresa Kok
Diterbitkan:  Oct 1, 2020 3:51 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Sayap DAP Pulau Pinang membuat satu laporan polis susulan sebaran video yang didakwa berbaur fitnah dan berniat jahat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Laporan itu dibuat oleh sayap pemuda (Dapsy) dan wanita DAP negeri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, George Town, hari ini.

"Dapsy dan Wanita DAP Pulau Pinang tampil membuat laporan polis berkenaan isu video fitnah yang sedang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

"Video yang telah diubah daripada video asal Tahun Baru Cina oleh Yang Berhormat Teresa Kok pada tahun 2017 diterjemahkan sari kata dalam bahasa Melayu yang ditulis dengan mesej yang berbau fitnah dan mesej perkauman.

"Ini boleh memecahbelahkan perpaduan kaum rakyat di negara ini.

“Video fitnah ini juga sengaja dilakukan untuk memburukkan imej DAP dan pemimpin-pemimpin DAP," kata mereka dalam kenyataan bersama, hari ini.

Terdahulu, video seminit 40 saat yang memaparkan Kok sedang berucap menggunakan bahasa Cina di satu majlis disebarkan.

Bagaimanapun ucapannya itu ditambah dengan sari kata bahasa Melayu yang membawa maksud lain.

Sarikata yang didakwa fitnah itu antaranya mendakwa dia berkata DAP akan “hasut Melayu untuk jadi kitol (pengkhianat)”.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS