Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zuraida kuarantin kendiri selama 14 hari
Diterbitkan:  Oct 1, 2020 1:56 PM
Dikemaskini: 5:56 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya meskipun dua ujian saringan Covid-19 dilakukannya adalah negatif.

Setiausaha Politiknya Nor Hizwan Ahmad berkata Zuraida telah menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) usai berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept, dimana keputusannya negatif.

Keesokannya (27 Sept), Zuraida menghadiri program di Langkawi pada sebelah pagi dan pulang petang, dan kemudian menghadiri program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur pada 28 Sept.

"Setelah dimaklumkan bahawa terdapat satu kes positif Covid-19 dalam program di Langkawi, beliau (Zuraida) sekali lagi menjalani ujian swab pada 29 Sept dan keputusannya juga negatif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hizwan berkata Zuraida kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti saranan Kementerian Kesihatan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS