GLOBAL | Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah meninggal dunia pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, menurut Amiri Diwan.
Pada 23 Julai, Emir berlepas ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan lanjut berikutan pembedahannya baru-baru ini, lapor Agensi Berita Kuwait (Kuna).
Dia dimasukkan ke hospital pada 18 Julai untuk pemeriksaan dan menjalani pembedahan sehari kemudian, memetik Menteri Amiri Diwan Sheikh Ali Jarrah Al-Sabah.
Buat masa ini, Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah memangku sebahagian tugas Emir.
-Bernama