Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah bebaskan bekas MD Supermax dari kesalahan dagangan orang dalam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas pengarah urusan Supermax Corp Bhd Stanley Thai Kim Sim atas kesalahan dagangan orang dalam.

Semasa prosiding mahkamah terbuka, Hakim Azhar Abdul Hamid membenarkan rayuan oleh Thai. Susulan itu, hukuman penjara lima tahun dan denda RM5 juta yang dijatuhkan ke atas Thai juga dibatalkan.

Hakim juga membenarkan rayuan oleh bekas ejen pembrokeran saham, Tiong Kiong Choon, yang membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman lima tahun penjara serta denda RM10 juta atas dakwaan menggunakan maklumat bukan awam untuk perdagangan orang dalam.

Pada 24 November 2017, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati Thai, yang ketika itu adalah pengarah urusan syarikat pembuat sarung tangan getah Malaysia Supermax Corp Bhd, bersalah atas perdagangan orang dalam.

Selain hukuman penjara, Thai juga didenda RM5 juta kerana menyampaikan maklumat bukan awam mengenai APL Industries Bhd (APLI) pada tahun 2007, ketika dia menjadi ketua eksekutif firma berkenaan.

Walau bagaimanapun Mahkamah Sesyen membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan Thai yang dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM10 juta ke atas Tiong, yang didakwa menerima maklumat tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS