Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM terima 8 lagi laporan rasuah
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 11:47 PM
Dikemaskini: 3:47 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima penambahan lapan laporan berkaitan rasuah, sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 Sept lepas.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata, penambahan jumlah berkenaan dicatat sehingga tempoh berkempen berakhir 12 tengah malam tadi.

“Sebelum ini, SPRM Sabah menerima 10 laporan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan diterima sebanyak 18 laporan sehingga kini,” katanya ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Pada 24 Sept lepas, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki memaklumkan, sejumlah 10 laporan berkaitan rasuah dilaporkan sejak tempoh kempen PRN Sabah bermula, dengan satu kertas siasatan dibuka melibatkan dua individu disyaki menerima wang tunai untuk diagihkan kepada pengundi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS