Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis terima 199 laporan sepanjang kempen PRN Sabah

PRN SABAH | Polis Sabah menerima 199 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 Sept lalu hingga semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Hazani Ghazali.

Dia berkata daripada jumlah laporan tersebut, sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dan hasil siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

"Antara kesalahan adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat), Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah), Seksyen 385 Kanun Keseksaan (Pemerasan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 25 (1) (i) Peraturan-Peraturan Pendaftaran (Menggunakan Kad Pengenalan Orang Lain Untuk Mengundi)," katanya dalam kenyataan, di Kota Kinabalu, hari ini

Hazani juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk memastikan proses PRN Sabah dapat diadakan dengan lancar hari ini.

"Biar siapa pun mendapat mandat rakyat, polis Sabah kekal bersikap berkecuali dalam memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan negeri Sabah," katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS