Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hamzah perjelas kenyataan 'undi untuk hancur bot kumpit PTI'

PRN SABAH | Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin menjelaskan kenyataannya yang dikatakan menggesa pengundi menyokong calon PBS jika mereka ingin menyingkirkan pendatang tanpa izin (PTI) dari Sabah.

Upko mendakwa Hamzah mengancam untuk tidak bertindak terhadap pendatang sekiranya calon PBS Joniston Bangkuai kalah di DUN Kiulu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Hamzah berkata ini bukan apa yang beliau sebut dan maksudkan.

"Tidak, tidak, tidak. Jika anda melihat video saya, sangat mudah. Saya mengatakan bahawa saya akan menghantar Joniston untuk memastikan bahawa beliau akan datang dan memberitahu saya sama ada mereka (pendatang tanpa izin) ada atau tidak.

"Sekiranya beliau bukan pemenang, maka saya perlu memilih orang lain," katanya.

Malaysiakini meneliti rakaman ceramah pada 19 September itu.

Kenyataan Hamzah yang dipertikaikan bermula pada minit ke 34 seperti berikut"

"Mana boleh kita benarkan PTI masuk ke Kiulu ni. Kiulu ini kampung kita. Itu pam bot... apa namanya, kumpit? Ha mana boleh kumpit datang ke sini? Kalu ada kumpit masuk di sini, saya hantar Datuk Joniston untuk kita hancurkan kumpit yang cuba masuk di sini.

"Tapi sebelum hantar kena pastikan Datuk Joniston menang, boleh? Mana boleh hantar kalau orang kalah. Mesti kena hantar orang yang menang," katanya.

Hamzah memberitahu wartawan hari ini bahawa tidak kira apapun, beliau tetap akan mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin.

"Kami telah melakukannya (usir pulang pendatang tanpa izin) tetapi bagi saya, siapa yang perlu menjadi wakil Kiulu?

"Lebih baik jika mereka (pengundi) memutuskan untuk memberikan (kerusi itu) kepada Joniston. Apakah itu salah," soalnya.

DUN Kiulu menyaksikan pertarungan enam penjuru dengan Joniston mempertahankan kerusi yang disandangnya itu.

Pencabar utamanya ialah Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS