Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau memiliki sokongan majoriti anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Berikut adalah kenyataan penuh anggota parlimen Port Dickson itu:
Salam sejahtera saudara saudari,
Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepimpinan yang cekap dan yakin untuk mengurus krisis ekonomi dengan kebijaksanaan dan tuntas.
Adalah menjadi tanggugjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini darpada menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum juga.
Alhamdulilalh kini saya telah mendapat sokogan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli-ahli parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan ingin saya nyatakan di sini majoriti menyokong juga di kalangan ahli-ahli parlimen Melayu dan Islam.
Untuk makluman semua, sebenarnya, saya telah diperkenankan untuk menghadap Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong kelmarin Selasa 21 sept jam 11 pagi tetapi terpaksa ditangguhkan kerana baginda kini mendapatkan rawatan di IJN.
Kendati begitu, melalui perbualan telefon malam selasa lalu saya telah mendoakan afiyah buat ke bawah duli tuanku.
Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh (laungan reformasi!)
Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas saya mengadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat insya-Allah.
Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu bumi dan perwakilan saksama semua kaum di negara kita.
Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktiraf kedudukan Islam, raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu bumiputera serta jaminan khas mempertahankan hak pelbagai kaum lain di negara kita
Akhir sekali saya memohon seluruh rakyat supaya bersabar dan doakan kesembuhan segaera al afiyah tuanku Yang di-Pertuan Agong.
Saya berjanji akan membentuk kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara, untuk menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat. Insya-Allah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil.
Berikut soal jawab dengan Anwar. Sebahagiannya diterjemah dari bahasa Inggeris:
S: Bolehkah anda buktikan bahawa anda mempunyai majoriti di parlimen sekarang?
J: Ya secara konklusif, kami mempunyai majoriti yang kuat dan kukuh. Saya tidak bercakap mengenai 4,5,6. Saya bercakap lebih daripada itu.
S: Adakah anda mendapat dua pertiga?
J: Hampir.
S: Siapakah orang-orang ini Datuk Seri?
J: Mereka adalah Ahli Parlimen, dari pelbagai parti.
S: Adakah penglibatan daripada Umno dan PAS?
J: Daripada senarai, ada ahli-ahli dari pelbagai parti. Dan saya fikir, biasa saya umumkan yang ini dan biar mereka menyusul dengan pandangan mereka. Setakat ni saya ada dokumen tetap, tak harus diragui, kalau tak saya tak lakukan sidang.
S: Anda dapat majoriti di parlimen?
J: Majoriti meyakinkan yang kuat dan kukuh, bukan majoriti kecil.
Dan saya menyebut pernyataan saya sebelum ini, bahawa perinciannya hanya akan dilakukan setelah menghadap Agong, adalah wajar saya memberi penghormatan, walaupun surat telah ditulis kepada Agong.
S: Situasi telah berubah, kita tahu bahawa dalam satu hari atau satu malam keadaan mungkin...(soalan tidak lengkap).
J: Situasi hanya berubah apabila kamu ada dua majoriti.
S: Adakah Tun M dan pejuang ada bersama Datuk Seri?
J: Belum
S: Berapa jumlah sokongan?
J: Angka yang kukuh dan meyakinkan hanya selepas saya menghadap Agong. Agong adalah individu pertama yang diberitahu mengenai butirannya.
Cukup untuk saya katakan, ini bukan majoriti kecil, ia meyakinkan, kukuh, kita bercakap tentang kerajaan yang kuat. Kita memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil untuk mentadbir negara ini dan menyelamatkan negara ini.
S: Dari pihak kerajaan?
J: Tentu ada ahli parlimen dari pihak kerajaan.
S: Pembentukan pakatan baru?
J: Sudah tentu ia adalah gabungan baru. Saya perlu berbincang dengan rakan baru termasuk bekas rakan kongsi yang kukuh.
S: Mengapa anda lakukan ini ketika pilihan raya Sabah?
J: Ia bukan menjelang pilihan raya sabah. Saya telah bersedia untuk ini selama beberapa bulan. Sekarang kita telah mendapatkan angka, kita umum.
S: Langkah seterusnya?
J: Langkah seterusnya adalah membentuk kerajaan.
S: Bagaimana jika PM bubarkan parlimen?
J: Keputusan untuk bubarkan adalah budi bicara agong, bukan PM.
S: Tetapi bilakah anda akan menghadap Agong?
J: Kami doakan Agong cepat sembuh, afiyah secepat mungkin. Baginda telah diberitahu. Saya bercakap dengannya melalui telefon pada malam Isnin
S: Datuk seri..(tidak jelas).
J: Kita tidak bercakap mengenai parti. Kita bercakap mengenai Ahli Parlimen. Tentunya Ahli Parlimen yang kini bersama kerajaan, yang mana termasuk Barisan, menyertainya. Anggota parlimen.
S: Langkah Sheraton..
J: Ini bukan kerajaan pintu belakang. inilah kerajaan yang mendapat mandat, dan mendapat sokongan dengan prinsip dan dasar yang jelas.
Mereka yang telah memutuskan untuk bersama, harus menerima bahawa kerajaan ini akan menghormati isu integriti, urustadbir yang baik, anti rasuah, kedaulatan undang-undang
Sudah tentu ia adalah majoriti Bumiputera Melayu, tetapi sebuah negara yang merangkumi semua kaum dan agama di negara ini.
Itu adalah pendirian yang sangat jelas yang saya tidak bersedia berkompromi dan dengan senang hati saya katakan, bahawa mereka yang bersama saya, telah memutuskan dan sangat menyokong pendirian ini.
S: Adakah kerajaan ini akan berpegang pada manifesto yang dijanjikan oleh PH pada PRU14?
J: Itu akan diselesaikan dengan gabungan baru. Hmmm .. prinsip integriti, anti rasuah, kebebasan kehakiman, mendorong pertumbuhan ekonomi dengan ekuiti sosial mesti ditekankan. Ini saya fikir konsensus dalam format baru.
S: Adakah ini kerajaan PH?
J: Kerajaan ini mengambil pengalaman lalu. Tetapi kerajaan ini kerajaan yang akan membincangkan satu bentuk persefahaman atau permuafakatan baru.
S: Adakah datang dari MP yang menyeberang dari seberang sana. Ada yang dari PKR yang mengkhianat?
J: Dalam senarai saya tidak nampak.
S: TPM?
J: TPM? Bukan azizah. Dia akan jadi timbalan dan penasihat dan kekasih, dan sudah tentu isteri.
S: Adakah termasuk ahli-ahli parlimen?
J: Jumlahnya saya sebut kukuh, meyakinkan, jauh lebih daripada majoriti kecil 5,10.
Kenapa saya tak mahu sebut, sebab saya meletakkan penghormatan kepada kedudukan Duli Yang Maha Mulia, dan seharusnya perkara yang terpeinci ini harus dimaklumkan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
S: Apakah reaksi Tan Sri Muhyiddin. Kerana dia enggan ...
J: Saya mempersilakan dia untuk bekerjasama. Saya tidak ada masalah peribadi dengan beliau. Kesediaan beliau bekerjasama akan membantu supaya perubahan peralihan itu aman dan teratur dan seandainya beliau bersedia, beliau boleh bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai.
S: Pilihan raya negeri Sabah, bagaimana ia memberikan kesan?
J: Sabah itu PRN yang sedang berjalan, dan tidak ada kaitan sekarang dengan apa yang saya umumkan.
Saya umumkan sebaik saja jumlah ada, jelas dan surat dihantar kepada Agong. Malah pertemuan saya dengan Azizah dan Agong sudah ditetapkan semalam. Kalau ikut rencana kita patut umum semalam. Jadi tidak ada hubungan dengan perkembangan lain.
S: Adakah warisan sebahagian?
J: Sekarang ni saya tak sebut mana-mana parti. Biar parti masing-masing menyambut selepas ini.
S: Jika ada perubahan kerajaan, sebarang panggilan untuk mengadakan pilihan raya?
J: Kami mahukan kerajaan yang kuat dan kukuh yang stabil. Kita harus menyelesaikan masalah negara ini khususnya covid-19, kedua mendorong ekonomi, nombor tiga, menangani masalah pengangguran, dan kemiskinan dan ketidaksamaan.
Bagi saya itulah keutamaannya bila tiba waktu yang kita perlu untuk mengadakan pilihan raya, kita akan lakukannya pada waktu yang tepat.
Tetapi tidak ada yang mendesak, dan kita akan memiliki kerajaan yang stabil dan kerajaan yang bekerja, insya Allah bukan kerajaan yang rapuh.
S: Tun M dan Pejuang.
J: Tidak. Dia mungkin putuskan nanti, sekarang tidak.