Paling Popular
Terkini

CIMB Group Holdings Bhd, antara bank yang dilaporkan disebut dalam dokumen yang dibocorkan oleh Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan Amerika Syarikat (FinCEN), berkata ia berhasrat untuk memfailkan Laporan Aktiviti Mencurigakan apabila sesuai dan mematuhi proses usaha wajar yang teguh dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.

“CIMB Group mempunyai peranan untuk melindungi integriti sistem kewangan global serta mematuhi undang-undang dan peraturan tadbir urus korporat seperti yang dinyatakan dalam Dasar dan Prosedur Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Kumpulan,” katanya sebagai respons kepada laporan mengenai kebocoran dokumen FinCEN melibatkan beberapa bank di Malaysia termasuk CIMB.


Baca: Bank AS anggap Malaysia destinasi 'risiko tinggi ubah wang haram'


Menurut laporan itu, yang merujuk kepada dokumen yang dinyatakan, sejumlah 23 transaksi melibatkan US$18.26 juta yang ke/dari bank di Malaysia antara 2010 dan 2016 telah diletakkan sebagai 'meragukan' oleh bank yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS