Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
52 kes hari ini, satu kluster baru di Pulau Pinang - KP Kesihatan
Diterbitkan:  Sep 20, 2020 5:49 PM
Dikemaskini: 3:10 PM

Terdapat 52 kes baru setakat jam 12 tengah hari ini, dengan 36 daripadanya di Sabah, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,219 kes," kata beliau pada satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah kes baru itu, kata Noor Hisham 40 kes melibatkan penularan tempatan iaitu "26 kes adalah warganegara Malaysia dan 14 kes adalah bukan warganegara."

Mengenai perkembangan beberapa kluster Covid-19 di Sabah, beliau berkata daripada 52 kes baru, 27 melibatkan Kluster Benteng LD, sekali gus menjadikan jumlah kes positif kluster itu meningkat kepada 578 kes.

Seramai 8,627 individu pula telah disaring melibatkan 6,345 di Tawau; 2,281 di Lahad Datu dan satu di Sandakan.

“Bagi kes positif kluster ini, 287 adalah warganegara dan 291 bukan warganegara yang melibatkan 191 rakyat Filipina dan 100 Indonesia,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata jumlah kes positif bagi Kluster Selamat meningkat kepada tujuh selepas terdapat dua kes baru, manakala masing-masing naik satu iaitu Kluster Bakau kepada empat kes dan Kluster Pulau kepada 15 kes.

Sementara itu, 12 kes import melibatkan tiga warga negara dan sembilan bukan warga negara dari India (8 kes), Indonesia (satu kes), Bangladesh (satu kes), Yaman (satu kes) dan Rusia (satu kes).

Menurut Noor Hisham lagi, terdapat sepuluh pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian direkodkan hari ini, dengan 40 kes pulih.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 9,355 kes," katanya lagi.

Kluster Ara di Pulau Pinang

KKM juga memaklumkan satu kluster baru dilaporkan di Pulau Pinang, diberi nama Kluster Ara.

"Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan warganegara Malaysia (iaitu kes ke-10024).

"Kes indeks telah dikesan positif COVID-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan kedatangan kes dari Semenanjung Malaysia," kata Dr Noor Hisham.

Susulan itu, KKM menjelaskan saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu kes positif Covid-19 dikenal pasti.

"Kes positif ini (kes ke-10217) merupakan merupakan anak saudara kepada kes indeks (iaitu kes ke-10024). Kes dikesan positif Covid-19 pada 19 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

"Sehingga 20 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 16 individu telah disaring," katanya.

Keputusan saringan mendapati dua dikesan positif Covid-19 dan 14 dikesan negatif.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS