Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tafakur seminit untuk korban Covid-19 malam ini
Diterbitkan:  Sep 20, 2020 5:14 PM
Dikemaskini: 9:14 AM

Persatuan perubatan nasional di seluruh dunia dijangka akan bertafakur selama satu minit bermula jam 9 malam hari ini untuk memperingati rakan sekerja dan pesakit yang terkorban sepanjang wabak Covid-19.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr N Ganabaskaran menggalakkan pekerja kesihatan untuk turut sama bertafakur tanda peringatan.

"MMA menggalakkan semua pekerja penjagaan kesihatan untuk mendedikasikan masa selama satu minit pada waktu yang ditentukan hari ini, bagi memperingati pekerja kesihatan, rakan sekerja dan warganegara yang telah meninggal selama wabak ini," katanya pada satu kenyataan .

Untuk rekod, Malaysia mencatat 10,167 kes terkumpul dan jumlah kematian seramai 130 korban pada 19 September 2020.

Pada skala global, kira-kira 30.3 juta orang telah dijangkiti virus manakala 948,795 kematian dilaporkan pada 19 September 2020, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS