Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Konkrit hempap kereta: Menteri arah DBKL semak semula peraturan tapak binaan

Kementerian Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan menyemak semula peraturan di tapak pembinaan bagi memperketatkan aspek keselamatan melibatkan orang ramai.

Menterinya, Annuar Musa berkata ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke), terjatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandu seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) , petang semalam.

Annuar berkata semakan semula itu termasuk membabitkan aspek kadar denda dan hukuman lebih berat bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya mahu DBKL dan agensi berwajib memperketatkan lagi aspek keselamatan di tapak pembinaan dan perkara berkaitan keselamatan orang awam.

"Semak semula peraturan termasuk kadar denda dan hukuman lebih berat," katanya di Twitter rasminya, hari ini.

Semalam, media melaporkan insiden kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi daripada kerja-kerja pembinaan Suke, terjatuh menghempap kereta jenis Proton Saga BLM yang sedang dipandu seorang wanita di MRR2, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang.

Bagaimanapun, mangsa berusia 25 tahun itu diselamatkan orang awam dan hanya cedera di tangan kirinya sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS