Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri sementara Sabah Mohd Shafie Apdal berkata dia tidak bimbang dengan ancaman tindakan undang-undang dari Presiden Parti Cinta Sabah (PSC) Anifah Aman berhubung isu tanah milik sebuah yayasan negeri.

“Saya ingat data semua ada..penyelewengan apa kita seleweng. Bukan saya seleweng, dia orang yang seleweng.

“Kita akan dedah semua apa yang terkandung sebuah syarikat yang dimiliki oleh Anifah Aman punya keluarga dan bagaimana di tengah-tengah 50,000 tanah Yayasan Sabah, di situ ada kilang - kilang tu dimiliki 50 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pagi ini.

Shafie mengaitkan perkara tersebut dengan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan ahli keluarga Anifah.

“Dia bawalah (perkara itu) di mahkamah. Kita ada bukti semua. ROS ada, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) ada di situ, di mana mengatakan siapa milik syarikatnya,” dakwanya.

Pada 14 September, Shafie mendakwa banyak tanah milik Yayasan Sabah diberikan kepada “kawan dan keluarga” dalam kerajaan terdahulu.

Merujuk dokumen yang dikatakan peta tanah dan dokumen “Sabah Softwood Berhad” (SSB) milik Yayasan Sabah, Shafie menyebut nama seorang bekas ketua menteri dan adiknya - bekas menteri persekutuan yang sekarang pemimpin sebuah parti pembangkang.

Semalam, Free Malaysia Today memetik Anifah menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shafie selepas pilihan raya Sabah.

Anifah, yang kini bertanding di kerusi Dun  Bongawan, memimpin partinya untuk bertanding di semua 73 kerusi Dun menentang Warisan Plus, selain PN dan BN. 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS