Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kemelut di Sg Manila: Ini lumrah dalam politik, kata Bung Moktar

PRN SABAH | Beberapa jam selepas lebih 20 ketua cawangan Umno dari kawasan DUN Sungai Manila menolak calon pilihan BN, Mokran Ingkat, Bung Moktar Radin hari ini membayangkan masalah yang timbul itu sudah diselesaikan.

Pengerusi BN Sabah itu memberitahu apa yang berlaku itu adalah perkara biasa dalam politik dan sememangnya siapa pun calon yang dipilih, akan ada pihak yang tidak menyukainya.

"Kalau ada pun, biasalah tu... satu dua orang, tapi tak apa. Ini lumrah dalam politik.

"Bukan semua calon orang suka. Saya pun orang tak suka, tapi lama-kelamaan dia suka juga," katanya kepada Malaysiakini semasa ditemui di Bilik Gerakan BN Libaran hari ini.

Sebelum itu Malaysiakini melaporkan lebih 20 ketua cawangan Umno dari empat daerah pengundian dalam DUN N51 Sungai Manila menolak calon pilihan parti itu, Mokran Ingkat.

Sebaliknya mereka menyuarakan sokongan terhadap bekas ketua menteri Sabah yang juga Adun Sungai Sibuga, Musa Aman.

Untuk rekod, di sebalik kedudukannya sebagai Adun Umno tunggal dalam DUN Sabah sebelum ini, nama Musa tiada dalam senarai calon Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Ketua Umno Cawangan Taman Sri Gaya, Sapar Sastro, menyifatkan Mokran sebagai "tidak dikenali" di kawasan itu kerana tidak pernah berkhidmat untuk pengundi terbabit. 

Bung Moktar berkata hari ini diadakan perjumpaan yang amat baik di antara Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan jentera parti di Libaran dan Batu Sapi.

Mengenai kedudukan Musa, Bung Moktar - yang akan bertanding di kerusi Lamag - sekali lagi menegaskan tiada permohonan untuk menjadi calon diterima, justeru tiada isu yang berbangkit.

[Baca berita penuh] 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS