Sediakan payung sebelum ke pusat penamaan calon di kawasan Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, pagi esok.
Ini kerana Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah meramalkan hujan dan ribut petir di kawasan terbabit semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.
Proses penamaan calon di 73 pusat di seluruh negeri Sabah akan berlangsung dari jam 9 hingga 10 pagi.
Bagi calon dan pemimpin parti yang bercadang untuk memulakan kempen sebaik sahaja selesai proses penamaan calon, jurucakap pusat penamaan memberi pesanan bahawa hujan dan ribut petir diramalkan di kawasan pantai barat terutama di ibu negeri dan kawasan pedalaman khususnya di Keningau.
Dalam pada itu, suhu pula diramalkan antara 22 darjah Celsius hingga 34 darjah Celsius di seluruh negeri esok.
Rata-rata rakyat Sabah tahu suhu pilihan raya akan mula meningkat mulai esok hingga hari pengundian pada 26 Sept ini.
- Bernama