Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Persekutuan dengar permohonan Adun Sabah tangguh PRN esok
Diterbitkan:  Sep 10, 2020 9:08 PM
Dikemaskini: 1:08 PM

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan wakil rakyat dari Sabah untuk menagguhkan sementara waktu pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin hari ini mengesahkan bahawa wakil rakyat Tamparuli, Jahid @ Noordin Jahim baru-baru ini mengemukakan Notis Usul dan mahkamah menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu.

"Permohonan difailkan untuk meminta penangguhan sementara pilihan raya Sabah sementara menunggu rayuan "ketua menteri Sabah yang sah" oleh Musa Aman," kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.

Notis Usul itu menamakan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal, Speaker Dun Sabah, Syed Abas Syed Ali dan Setiausaha Dun, Bernard J Dalinting sebagai responden.

Pada 26 Ogos,  Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Musa untuk meneruskan rayuannya bagi mendapat pengisytiharan sebagai ketua menteri yang sah pada tahun 2018.

Pada hari itu juga, mahkamah tertinggi itu membenarkan permohonan Jahid untuk memulakan rayuan serupa.

Menurut salinan Notis Usul, Jahid meminta pengisytiharan bahawa pengumuman Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Julai untuk membubarkan Dun Sabah ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS