Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
RM627 juta disalur kepada KKM setakat 28 Ogos - Tengku Zafrul

Kementerian Kewangan telah menyalurkan sejumlah RM627.1 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 28 Ogos, 2020, dalam usaha untuk meningkatkan keupayaannya memerangi pandemik COVID-19.

Beliau berkata, Ini merupakan peningkatan daripada RM515.0 juta yang disalurkan setakat minggu sebelumnya.

“Pembendungan pandemik COVID-19 adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi,” katanya dalam laporan LAKSANA ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Di bawah pakej rangsangan PRIHATIN, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 billion untuk program pembendungan penularan pandemik tersebut bagi membiayai pembelian peralatan perubatan, peralatan perlindungan diri (PPE), dan keperluan makmal untuk saringan COVID-19.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS