Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa, 32 Adun lain
Diterbitkan:  Sep 8, 2020 5:19 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan yang dikemukakan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman bersama 32 lagi Adun berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dun pada 30 Julai lalu.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim yang turut dianggotai Abu Bakar Jais dan Supang Lian, juga menolak rayuan Adun berkenaan untuk menangguhkan keputusan hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Dengan keputusan ini, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti yang dijadualkan, lapor Bernama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 September bagi penamaan calon dan hari mengundi pada 26 September.

Hakim Abdul Karim memutuskan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah melaksanakan bidang kuasanya dengan betul mengikut Perlembagaan Sabah dalam membubarkan Dun.

Kesemua 33 Adun berkenaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan yang dibuat Yang Dipertua Negeri pada 30 Julai.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan selama dua hari bermula semalam yang dikemukakan oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Adun berkenaan, Peguam Besar Negeri Sabah Brenndon Keith Soh mewakili Tun Juhar; peguam Cyrus Das mewakili Ketua Menteri  Mohd Shafie Apdal dan kerajaan negeri; dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR.

Musa dan beberapa wakil rakyat berkenaan hadir di mahkamah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS