Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Firma penyelidikan jangkar OPR turun lagi akhir tahun ini

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dijadual mengadakan mesyuarat kelimanya pada 10 Sept, dengan jangkaan pasaran bercampur-campur terhadap prospek penurunan kadar faedah lagi oleh Bank Negara Malaysia (BNM), menurut IHS Markit.

Ia akan menjadi mesyuarat kedua terakhir MPC bagi 2020 sebelum mengadakan mesyuarat yang terakhir pada 3 Nov.

BNM telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus pada Ogos dan telah menurunkan kadar sebanyak empat kali setakat ini pada tahun ini, dengan penurunan kadar yang terakhir dilihat pada Julai.

“Pemerhati bank pusat Malaysia mempunyai pandangan yang bercampur-campur mengenai sama ada rangsangan lain akan diumumkan pada mesyuarat bulanan yang akan datang.

“Tekanan deflasi dan prospek ekonomi yang tidak menentu telah mendorong kepada peningkatan permintaan untuk lebih banyak pengurangan kadar bagi menyokong ekonomi," menurut firma penyelidikan itu dalam kenyataan hari ini.

IHS Markit berkata data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) baru-baru ini menunjukkan Malaysia telah mengekalkan pemulihannya daripada kelembapan akibat Covid-19, walaupun data kajian pada Ogos menunjukkan pertumbuhan pengeluaran pembuatan yang berkurangan dan jumlah nilai perolehan kontrak yang rendah.

Pekerjaan di kilang turut berkurangan pada kadar rekod kajian, katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS