Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kenyataan timbalan menteri palsu, saya ambil periksa atas pokok'

Youtuber Veveonah Mosibin menafikan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin yang mendakwa bahawa pelajar itu tidak mengambil peperiksaan ketika memanjat pokok dalam video tularnya.

Kata Veveonah, dia juga tidak pernah berjumpa dengan Zahidi atau membincangkan sebarang isu berkenaan masalah jalur lebar di kawasannya dengan menteri itu.

"Apa yang dikatakan timbalan menteri itu palsu. Ya betul saya memang ada ambil peperiksaan yang seperti dalam video itu.

"Saya pun memang tidak ada jumpa dengan timbalan menteri itu dan tidak mempunyai apa-apa komunikasi dengannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Awal hari ini, Zahidi mendakwa bahawa Veveonah sebenarnya tidak mempunyai sebarang peperiksaan dan hanya sekadar membuat kandungan tular terbabit untuk hiburan dan menempah nama.

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya di Dewan Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Susulan kenyataan itu, Zahidi kemudian menerima kritikan hebat dari angggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkata, ini tidak wajar dikeluarkan oleh timbalan menteri itu.

"Ya Allah. Kalau nak bantu selesaikan masalah akses internet, selesaikan. Jangan dilekehkan orang muda dan penduduk luar bandar!

"Ini tidak membantu langsung," katanya menerusi akaun Twitter.

Mengulas lanjut, Veveonah berkata video tularnya itu turut mendapat pengesahan pihak institutnya iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Saya juga ada bukti dalam jadual tarikh untuk peperiksaan dan rakan-rakan saya juga tahu.

"Video tular itu juga sudah diketahui dan disahkan pihak Universiti. Takkan universiti mahu cakap saya palsu," katanya.

Veveonah turut memberikan butiran berkenaan jadual peperiksaannya buat semakan Malaysiakini.

Malaysiakini sudah menghubungi Naib Canselor UMS, Taufiq Yap Yun Hin dan menunggu respons lanjut.

Untuk rekod, nama Veveonah mula menjadi tumpuan selepas videonya tular di media sosial berhubung usahanya yang bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan akhir secara talian di atas pokok untuk mengatasi masalah liputan internet di kampungnya.


Baca Zahidi mohon maaf buat kenyataan salah mengenai Veveonah


Video YouTube yang berjudul 24 Hours On Tree/Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok) itu mula dimuat naik pada 13 Jun - sehari selepas peperiksaannya tamat- dan kini meraih lebih 700,000 ribu tontonan dengan 52,000 tanda suka.

Sejak insiden itu. UMS juga telah menawarkan biasiswa kepada Veveonah untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana muda di universiti itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS