Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gangguan air tidak berjadual jejas 1,292 kawasan di Selangor, KL
Diterbitkan:  Sep 3, 2020 3:10 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Pencemaran di Sungai Selangor telah menyebabkan gangguan bekalan air yang tidak dijadualkan ke 1,292 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pelanggan yang terjejas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan juga melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam alternatif HORAS 600 dengan kapasiti 150 juta liter sehari dan pelepasan empangan sebanyak 500 juta liter sehari bagi pencairan bahan pencemaran yang terdapat di Sungai Selangor.

Selain itu, syarikat berkenaan akan turut menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis

kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300 atau whatsapp di nombor 019-2816793 dan 019-2800919.

Bantuan bekalan air juga boleh didapati melalui pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS).

Menurut kenyataan itu, sehingga jam 11.30 pagi, pencemaran masih dapat dikesan di Sungai Selangor.

“Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” kata syarikat itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS