Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kerajaan setuju KP SPRM dipilih melalui undian MP'

Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini dibuat melalui undian anggota Parlimen, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Azam berkata ia telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa khas kabinet mengenai rasuah baru-baru ini.

Katanya pelantikan jawatan nombor satu dalam SPRM itu memerlukan dua pertiga undian daripada Ahli Parlimen.

“Sekiranya (untuk) ditamatkan perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM), ia juga perlu melalui tribunal khas dan tidak boleh ditamatkan begitu sahaja oleh Yang di-Pertuan Agong atau atas nasihat Perdana Menteri.

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu juga bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Perkhidmatan di bawah SPRM sendiri,” katanya dalam temu bual bersama radio Melakafm, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Azam berkata pengambilan atau penamatan pegawai atau kakitangan bukan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak SPRM sendiri.

Dia berkata kebebasan yang diberikan kepada SPRM untuk melantik dan juga menamatkan pegawai atau kakitangannya itu menunjukkan ketelusan kerajaan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS