Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketua Polis N Sembilan patah bahu terlibat kemalangan
Diterbitkan:  Aug 31, 2020 10:10 PM
Dikemaskini: 2:10 PM

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop mengalami kecederaan patah di bahu kiri selepas terlibat dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 2.30 petang.

“Ketika kejadian, beliau sedang menunggang motosikalnya, bagaimanapun telah terjatuh secara sendiri.

“Selepas kemalangan, beliau telah dirawat di Hospital Bentong tetapi telah dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban untuk menjalani rawatan lanjut...

"Keadaan beliau ketika ini stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS