Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis sedang menjejaki dua lelaki yang disyaki menyamun seorang wanita warga emas pada 22 Ogos lepas di sebuah rumah di Jalan Sultan Ibrahim di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata dalam kejadian lima pagi itu, mangsa yang berusia 63 tahun tersebut dan tinggal bersendirian di rumah, turut diikat dan dipukul oleh suspek yang kemudian melarikan barangan milik mangsa antaranya barang kemas dan wang tunai.

Mangsa yang mengalami kecederaan termasuk bengkak pada belakang kepala dimasukkan ke Hospital Sultanah Amanah di sana untuk menerima rawatan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp. Nizam Ramon di talian 011-16086119 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS