Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Anjing diwarnakan seperti harimau mungkin berlaku di luar negara'
Diterbitkan:  Aug 30, 2020 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Selepas tular gambar seekor anjing diwarnakan menyerupai harimau di Facebook sehingga Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menawarkan hadiah kepada pemberi maklumat berhubung tindakan tersebut, Presidennya Arie Dwi Andika memberitahu bahawa kejadian itu kemungkinan berlaku di luar negara.

Menurut Arie, dia menerima ratusan maklum balas berhubung perkara itu selepas memuat naik hantaran tawaran ganjaran tersebut di Facebook.

Bagaimanapun dia berkata pihaknya tidak akan mudah percaya maklumat yang diberikan itu selagi tiada fakta yang sahih.

"Kami dimaklumkan mungkin kejadian berlaku di Vietnam, Filipina atau Venezuela.

"Tujuan kami tularkan kes berkenaan supaya persatuan mendapat maklumat sahih mengenai penganiayaan haiwan berlaku dalam negara ini.

"PHM tidak boleh terima maklumat ini bulat-bulat selagi tiada fakta asas yang kukuh mengenai kejadian,” katanya lapor Harian Metro.

Semalam, PHM berkongsi gambar-gambar anjing berkenaan tetapi tidak dapat dipastikan tempat dan masa kejadian.

Persatuan itu turut menawarkan hadiah kepada individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu.

Arie juga dipetik sebagai berkata bahawa dia berharap supaya kejadian itu tidak berlaku di negara ini, sambil menasihatkan rakyat Malaysia bahawa insiden tersebut merupakan contoh kezaliman haiwan yang bertentangan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS