Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM: Kemenangan calon BN bukti rakyat yakin dasar PN
Diterbitkan:  Aug 30, 2020 10:15 AM
Dikemaskini: 2:15 AM

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dalam Plihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim semalam membuktikan keyakinan rakyat pada parti itu serta dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataan hari ini, berkata kemenangan itu juga jelas membuktikan parti Bersatu, Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) mampu mewujudkan kesepakatan yang jitu untuk meraih sokongan padu pengundi.

“Saya berharap YB Zaidi akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dengan cemerlang,” katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Zaidi dan jentera yang terlibat dalam membantu kemenangan calon itu.

Mohd Zaidi mengekalkan kerusi DUN Slim selepas menang dengan majoriti besar 10,945 apabila memperoleh 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam, yang memperoleh 276 undi.

- Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS