Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen, manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 Sept ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS