Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Noor Hisham: Tak perlu bimbang 21 kes kluster Tawar libatkan kanak-kanak

Daripada 73 kes positif dalam kluster Tawar, 21 kes melibatkan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Ia merangkumi 29 peratus daripada kluster tersebut.

Ditanya sama ada sistem imun pesakit kanak-kanak mungkin terjejas ekoran virus tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan tahap jangkitan dalam kes-kes tersebut berada dalam kawalan.

"Setakat ini, kita tahu 21 kanak-kanak positif (daripada 73 kes). Tetapi tiada yang dimasukkan dalam unit rawatan rapi (ICU).

"Dari segi terdedah pada jangkitan, tiada keraguan tentangnya. Tetapi dari segi penularan (virus) atau tahap jangkitan, mereka masih dirawat di hospital.

"Kita memantau mereka secara rapat dan berharap mereka dapat sembuh daripada jangkitan," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Kajian menunjukkan tahap antibodi pesakit yang sembuh daripada wabak itu merosot teruk, walaupun mereka dijangkiti strain (jenis) virus yang ringan.

Noor Hisham sebelum ini memaklumkan tentang penemuan mutasi D614G - yang mempunyai kadar penularan yang tinggi - dalam empat sampel daripada pesakit dalam kluster Tawar.

Mutasi tersebut turut ditemui dalam kluster Sivagangga.

Kedua-dua kluster ini terletak di utara Kedah.

Tiada kes baru dilaporkan dalam kluster Tawar dalam 24 jam terakhir ini.

[Baca berita asal]

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS