Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: 'Pembohongan besar' Zafrul dibongkar esok
Diterbitkan:  Aug 26, 2020 11:54 PM
Dikemaskini: 3:59 PM

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mengatakan bahawa dia akan "membongkarkan taktik jahat PN" dalam sidang akhbar di parlimen pukul 11 pagi esok.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, Lim dipercayai merujuk kepada tuduhan berhubung projek rundingan terus yang didakwa diberikan semasa pentadbiran PH.

"Berani kerana benar.

"Pembohongan besar oleh menteri kewangan PN. Kebenaran akan didedahkan esok. Nantikan," katanya.

Isnin lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendakwa bahawa Lim telah meluluskan 101 projek bernilai RM6.61 bilion melalui rundingan terus.

Dakwaan itu telah mendorong pemimpin kerajaan dan pembangkang sendiri untuk mendedahkan senarai projek berkenaan.

Zafrul hari ini mendedahkan senarai 101 kontrak yang dikatakan diberi melalui rundingan terus ketika pentadbiran PH.

Dalam kenyataan media ketika mendedahkan senarai itu, Zafrul mengakui bahawa kontrak rundingan terus dibenarkan jika memenuhi salah satu daripada lima syarat, iaitu:

1. Perolehan bekalan dan perkhidmatan metibatkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;

2. Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang diperoleh;

3. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja,

4. Keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara, atau;

5. Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS