Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6 kes baru termasuk 5 di Kedah
Diterbitkan:  Aug 26, 2020 5:40 PM
Dikemaskini: 2:12 PM

Malaysia merekodkan enam lagi kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9,291 kes

Menurut Kementerian Kesihatan, daripada enam kes baru itu, satu kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu negara Singapura yang melibatkan bukan warganegara.

Kes import itu dilaporkan di Selangor

Kesemua lima kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di negeri Kedah iaitu.

Daripada lima kes baru penularan tempatan itu, tiga kes daripada Kluster Tawar, satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah dan satu kes saringan bergejala di hospital sama.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga kini, terdapat sembilan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah korban kekal 125.

Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 8,978 kes, termasuk tujuh kes baru hari ini.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS