Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Orang PAS 'buat kerja' di masjid untuk menangkan BN, kata penceramah
Diterbitkan:  Aug 26, 2020 2:28 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

PRK SLIM | Seorang penceramah terkenal dalam kalangan penyokong PAS dilihat mengaku secara terbuka menggunakan masjid sebagai tempat menyebarkan kempen politik, khususnya untuk memenangkan calon BN.

Menerusi satu klip video pendek yang tular hari ini Abdullah Khairi berkata di masjid-masjid memang ada "orang PAS" yang melakukan tugas berkenaan.

"Tuan-tuan tengok penyatuan kita... di masjid orang PAS buat kerja. Di masjid orang PAS buat kerja untuk memenangkan calon kita.

"Tuan-tuan, kerja, tengok atoq (atur) - hebat kerjasama kita. Dulu orang Umno dia tak atoq di masjid, ya tidak?

"Tapi orang PAS atoq, masjid-masjid, surau-surau, semua kita boleh pi (pergi). Tuan-tuan (pula) atoq dekat pasar, dekat rumah orang," katanya dalam ucapan berkenaan.

Turut kelihatan dalam rakaman itu, calon BN, Mohd Zaidi Aziz.

Untuk rekod pada Mei 2019 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pernah menitahkan agar tiada sebarang ceramah atau program politik diadakan di masjid dan surau di negeri itu.

Malah baginda menitahkan agar pengerusi jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk program parti politik agar digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Bagi pesanan lepas teghiak 

Hal itu dinyatakan Pejabat Sultan Perak melalui Dato’ Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Perak, Abd Rahim Mohamad Nor. 

Terdahulu Abdullah mengakui dia sendiri melakukan kempen politik semasa memberikan ceramah di sebuah masjid di Trolak Utara.

Pada ceramah itu kata Abdullah dia - yang mengakui pandai memainkan psikologi - membuatkan orang ramai yang hadir "teghiak" (menangis).

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz

"Saya tadi di masjid Trolak Utara, ramai orang yang hadir di masjid itu. Kita cerita bagi teghiak, tuan-tuan. Saya pandai buat psikologi, sebab saya psikologi.

"Lepas bagi depa teghiak, last (akhir) sekali (bagi pesanan): 'Tuan-tuan jangan lupa pangkah N58, Ustaz Mohd Zaidi.'

"Terkejut depa. 'Eh, ustaz kempen?'. Memang aku kempen pun!” ceritanya sambil tersenyum.

Ia bukanlah kali pertama nama Abdullah menarik perhatian ramai semasa PRK. Pada Jun 2016 dia pernah menggelar Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sebagai Mat Sabun.

Bagaimanapun Abdullah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mohamad beberapa hari kemudian.

Dia membuat gelaran itu pada hari penamaan calon PRK Kuala Kangsar, pada 5 Jun 2016. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS