Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

  • Di kemas kini dengan laporan penuh.

Pihak berkuasa mula membuat sekatan di jalan masuk ke ladang-ladang durian haram di Raub, Pahang, pagi ini.

Beberapa orang pekebun memberitahu Malaysiakini, mereka melihat kira-kira 20 orang anggota polis tiba di Kampung Sungai Chalit dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Kerajaan Pahang sebelum ini dilaporkan berkata akan bertindak terhadap semua kebun haram di Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub bermula semalam.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 70-an melalui Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun kerajaan negeri menganggapnya sebagai pencerobohan dan mahu melakukan pemutihan dengan memajakkannya kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP).

Menurut laman web RPDP, syarikat itu dipengerusikan oleh puteri Agong, Tengku Puteri Iman Afzan.

Ketika dihubungi, kumpulan yang menamakan diri mereka Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) berkata sekatan itu dibuat kira-kira jam 11 pagi.

Dalam video dirakamkan penduduk kampung, seorang pegawai polis berkata mereka hanya menjalankan tugas memastikan keselamatan kakitangan pejabat tanah dan wakil RPDG.

Menurutnya lagi, sekatan hanya dibuat untuk hari ini.

Sementara itu, Chang berkata jalan yang disekat itu adalah satu-satunya laluan ke ladang-ladang durian di kawasan itu, termasuk ladang yang mendapat kebenaran.

Dalam kenyataan selepas itu, Samka mendakwa kerajaan negeri melanggar janji untuk menangguhkan tindakan mereka.

Badan itu berkata akan membawa kes itu ke mahkamah.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS