Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Satu saluran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Tanjung Malim mula dibuka lapan pagi ini bagi membolehkan 267 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan hak mereka pada PRK DUN Slim.

Pusat pengundian awal itu dibuka sehingga 5.30 petang.

Sepanjang proses pengundian awal, pengundi diminta mematuhi panduan pencegahan Covid-19 seperti memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan menjalani pemeriksaan suhu badan.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pengundian berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim, dan pengiraannya dibuat pada hari pengundian, 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi di Majlis Daerah Tanjung Malim.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BNMohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftar secara rasmi dan bekas guru S.Santharakesaran.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS