Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas setiausaha dilantik terajui SPR
Diterbitkan:  Aug 21, 2020 7:02 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Bekas setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh dilantik sebagai pengerusi baru suruhanjaya itu.

Abdul Ghani, 62, bersara sebagai setiausaha SPR pada 10 Mei 2018.

Pelantikan Abdul Ghani adalah sebagai menggantikan Azhar Harun, yang mengosongkan jawatan itu pada 29 Jun untuk mengambil alih jawatan speaker Dewan Rakyat.

Azhar merupakan pengerusi SPR pertama tanpa latar belakang perkhidmatan awam.

Sementara itu, seorang lagi penjawat awam, Nik Ali Mat Yunus, akan menggantikan Ramlan Ibrahim sebagai ahli SPR.

Ramlan, 63, belum mencapai usia persaraan wajib 66 tahun. Dia dilantik pada Februari 2019 dan meletakkan jawatan pada 1 Ogos.

Perlembagaan Persekutuan menghendaki Yang di-pertuan Agong melantik pengerusi SPR, timbalan pengerusi dan lima ahli.

Berdasarkan Artikel 114 (3), eksekutif tidak dapat dengan sewenang-wenangnya menyingkirkan ahli SPR kecuali melalui tribunal.

SPR ketika ini dibarisi oleh:

Pengerusi: Abdul Ghani Salleh (bekas penjawat awam)

Timbalan pengerusi: Azmi Sharom (bekas ahli akademik)

Ahli: Nik Ali Mat Yunus (bekas penjawat awam), Chin Paik Yoong (bekas penjawat awam), Faisal S Hazis (bekas ahli akademik), Zoe Randhawa (bekas aktivis), Awang Sahari EM Nadzeer (bekas anggota polis).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS