Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RON95 dan RON97 naik 3 sen, diesel turun 2 sen
Diterbitkan:  Aug 21, 2020 6:17 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Kedua-dua harga petrol RON95 dan RON97 naik 2 sen berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 28 Ogos depan.

Harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada kadar RM1.71 seliter untuk tempoh itu, berbanding RM1.68 seliter sebelumnya.

Harga runcit petrol RON97 pula RM2.01 seliter, berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.98 seliter.

Bagi diesel pula, harga runcit yang baru ditetapkan adalah RM1.80 sen seliter, turun dua sen berbanding harga sebelumnya.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan hari ini.

Harga minyak di negara ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menerusi formula Automatic Pricing Mechanism (APM).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS