Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indonesia catat 2,266 kes Covid-19 baru dalam 24 jam

Indonesia melaporkan 2,266 kes baru jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 147,211 kes dengan 79,484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 72 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,418 orang.

Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan 594 kes positif baharu, dengan 19 lagi kematian.

Provinsi Jakarta kini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 31,610 kes, diikuti Jawa Timur (29,257) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,098 orang, diikuti Jakarta (1,048), Jawa Tengah (813), Sulawesi Selatan (347) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS